Apakah yang terdapat pada pelantar DELIMa 3.0?
Pelantar DELIMa 3.0 membawa pembaharuan dari segi antara muka (UI/UX) yang lebih mesra pengguna mengikut peranan (murid, guru, pentadbir). Ia dibangunkan dalam 2 fasa:
Fasa 1: Penambahbaikan UI/UX, pengurusan latihan digital (Digital Training Management), serta automasi pemberian sijil dan lencana digital.
Fasa 2: DELIMa Bot akan diperkasakan dengan model bahasa besar (LLM) utama iaitu Gemini, yang disesuaikan khas untuk konteks pendidikan KPM. Sistem pengurusan akaun dan kata laluan juga akan dipermudah untuk operasi pentadbiran yang lebih cekap.
Bagaimanakah pelantar ini disesuaikan mengikut peranan saya?
DELIMa 3.0 menyediakan antara muka khas mengikut jenis pengguna:
Murid: Akses kepada paparan pembelajaran, gamifikasi, dan aplikasi interaktif.
Guru: Modul latihan, sijil digital, ruang ilmu guru, dan pembangunan profesional.
Pentadbir: Statistik penggunaan, pengurusan akaun, dan kawalan pentadbiran sistem.
Apakah fungsi DELIMa Bot baharu?
DELIMa Bot kini dinaik taraf dengan teknologi AI + LLM (Gemini) yang dilatih khas untuk konteks KPM. Ia boleh membantu pengguna mendapatkan jawapan berkaitan:
- Aplikasi dan modul dalam DELIMa
- Garis panduan atau prosedur rasmi KPM
- Learning Pathway berstruktur untuk murid dan guru
- Buku Teks AI dan kandungan berasaskan teknologi semasa
- Soalan teknikal dan pentadbiran akaun
Fungsi penuh dijangka dilancarkan dalam Fasa 2 (2026).
Apakah jenis pengiktirafan yang akan diterima pengguna?
DELIMa 3.0 menyediakan pelbagai bentuk pengiktirafan secara automatik berdasarkan interaksi dan pencapaian pengguna:
- Sijil Digital: Untuk latihan yang disahkan dan kursus rasmi.
- Lencana Digital: Untuk aktiviti seperti kuiz, tontonan video pendidikan, dan penyertaan pertandingan.
- Penanda Pencapaian: Milestone peribadi seperti "Murid Aktif", "Guru Inovatif", dan lain-lain.
- Rekod Profil: Semua pengiktirafan ini akan disimpan dalam profil pengguna dan boleh digunakan untuk rujukan rasmi.
Apakah kelebihan sistem pengurusan kata laluan baharu?
Pentadbir DELIMa kini boleh:
- Reset kata laluan secara pukal untuk murid atau guru dalam satu klik
- Mengaktifkan akaun baharu dengan lebih cepat
- Melihat dan menjejak log akses pengguna secara berpusat
Ciri ini mengurangkan masa pengurusan dan meningkatkan keselamatan.